Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tidak Dibenarkan Walaupun Bagi Tujuan Haji

Kerajaan tidak membenarkan sebarang permohonan untuk pencarum mengeluarkan simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun bagi tujuan menunaikan haji.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, sebanyak 6,070 permohonan yang berjumlah RM16.7 juta telah diluluskan bagi pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera dengan purata RM2,759 bagi setiap permohonan sejak 2013.

Foto: Utusan Malaysia

Jumlah yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah berbeza jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Tabung Haji ahli ketika menerima tawaran haji serta tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel.
“Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan ini bagi memastikan ahli sekurang-kurangnya mempunyai simpanan asas sebanyak RM240,000 bagi memastikan kelangsungan hidup semasa persaraan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Foto: Harian Metro

Beliau menjawab soalan tambahan, Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta adakah kerajaan bercadang mengubah polisi untuk membenarkan pekerja yang belum mencapai umur persaraan untuk mengeluarkan Akaun Persaraan ketika terpilih untuk menunaikan haji sebelum umur persaraan dan berapa jumlah ahli pencarum KWSP yang telah dibenarkan untuk pengeluaran Akaun Sejahtera atau Akaun Fleksibel.

Tambah Hui Ying, KWSP membenarkan individu untuk berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun untuk menggalakkan simpanan dan memanfaatkan gandaan dividen lebih awal.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun mereka yang berusia di bawah 16 tahun biasanya tidak bekerja secara formal, mereka boleh membuat caruman sendiri atau caruman daripada pihak lain (seperti ibu bapa) ke dalam akaun KWSP.
“Tiada amaun minimum ditetapkan, namun caruman sukarela adalah tertakluk kepada had maksimum RM100,000 setahun.
“Ini adalah langkah yang baik bagi golongan muda untuk mula menyimpan dan memupuk kesedaran tentang pentingnya simpanan jangka panjang,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd