Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengawal Keselamatan Hospital Didakwa Peras Ugut Warga Emas – “Dia Paw Mak Aku RM50”

Seorang wanita meluahkan rasa bengang apabila ibunya didakwa telah diperas ugut oleh pengawal keselamatan di sebuah hospital di Selangor pada Sabtu lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, dia menggesa pengawal keselamatan itu untuk memulangkan semula wang ibunya berjumlah RM50.

Pengawal keselamatan

@allyszackry_

Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang

♬ original sound – allyszulkeflee🕊️ – allyszulkeflee🕊️

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ada hak sebab awak ambil duit mak saya. Kalau awak nak tidur lokap bagitahu, saya boleh bawa.
“Cepat, pulangkan balik duit tu,” balas wanita berkenaan sebelum pengawal keselamatan itu memulangkan semula RM50.

Kata wanita itu lagi, pengawal keselamatan itu dikatakan sentiasa mensasarkan orang luar dan warga emas yang melakukan kesalahan parkir untuk dijadikan mangsa peras ugut.

Artikel lain: Ustaz Firdaus Farabib Tawar Ganjaran RM3,000 Kesan Toyota Alphard Hilang

Pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan

“Alasan dia kat situ parkir staf dan kalau tak nak kena clamp (kunci tayar), bayar dia duit RM50.
“Kalau tidak dia clamp kereta. Mak aku kena (ugut), berderau darah,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia menyeru kepada orang ramai untuk berhati-hati sekiranya pergi ke hospital tersebut bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

“Alang-alang ramai dah kena, ni la muka dia yang suka ‘paw’ orang. Hati-hati bila pergi hospital,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial seorang lelaki bertikam lidah dengan pengawal keselamatan yang dipercayai berlaku di hospital yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@yes_iman

Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Yee salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?🤔 📍 Hospital Kajang

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Dalam perkongsian itu, lelaki terbabit didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan namun, bertindak mempertahankan dirinya memandangkan tiada papan tanda dilarang boleh parkir atau kon penghalang.

Disebabkan itu, pengawal keselamatan tersebut meminta RM10 kerana tidak mengunci tayarnya tetapi, pemuda tersebut enggan berbuat demikian kerana ia sudah dianggap sebagai rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @allyszulkeflee

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd