Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan, Anak & Isteri Ditahan Reman

Pengasas bersama dan juga pemegang saham sebuah syarikat penerbangan telah ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Memetik laporan dari FMT, individu berkenaan yang bergelar Datuk turut ditahan bersama isteri serta anak lelakinya.

Tiga beranak ditahan

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang memaklumkan prosiding reman tiga beranak itu dibuat di Lokap Berpusat Jinjang.

“Perintah reman dibenarkan selama empat hari bermula hari ini bagi siasatan yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Ketiga-tiga yang masing-masing berusia 57, 55 dan 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang, semalam di rumah mereka di Shah Alam, Selangor,” katanya.

Penahanan pengasas bersama syarikat disahkan Bukit Aman

Ujar Ramli lagi,  tangkapan dijalankan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Bukit Aman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, sebuah syarikat penerbangan telah memaklumkan yang pihak mereka menggantung pengoerasian serta merta dengan alasan cabarang kewangan signifikan.

Artikel lain: Masalah Kewangan Punca MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini

Difahamkan, Datuk terbabit  merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu melalui dua syarikat miliknya yang masing-masing berkepentingan 88 peratus dan 10 peratus.

Manakala anak dan isterinya adalah lembaga pengarah untuk syarikat penerbangan terbabit serta pasangan berkenaan juga pernah  didakwa dan didenda oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd