Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengantin Tak Kisah, Anak Kawan Terjatuhkan Kerusi Sehingga Pelamin Roboh

Pengantin Tak Kisah

Pengantin tak kisah apabila pelamin di majlis perkahwinannya roboh disebabkan tindakan anak rakannya, baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tular dimuat naik di platform TikTok, kelihatan beberapa tetamu cuba menyelamatkan keadaan dengan membetulkan pelamin yang hampir tumbang.

Sementara itu, pengantin pula hanya mampu memerhati dari meja makan beradab, tanpa menunjukkan rasa panik.

Pengantin Tak Kisah, Anak Rakan Tertolak Kerusi

Tak lama selepas itu, seorang wanita tampil menjelaskan punca kejadian menerusi satu hantaran di media sosial. Menurutnya, pelamin roboh berpunca daripada anaknya sendiri yang terlalu seronok bermain dengan kawan sebaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ketika dia sedang merakam gambar pengantin dari meja makan beradab, anaknya berlari ke arah sofa di pelamin dan secara tak sengaja menolaknya ke belakang. Dia menyangka hanya sofa tersebut yang akan jatuh, tapi tak sangka sekali dengan backdrop pelamin terus roboh.

“Anak aku main lari-lari dengan kawan dia. Aku ingat sofa je jatuh, sekali backdrop pun ikut tumbang. Malunya ya Allah… Tapi kelakar pun ada.”

Artikel lain: Pengantin Perempuan Bersanding Dengan Dua Lelaki, Netizen Persoal Siapa Suami Sebenar

Menurut wanita itu lagi, dia berasa sangat malu dan geram, tapi dalam masa sama tak dapat tahan ketawa bila mengenangkan semula kejadian tersebut.

Apa pun, pengantin sendiri tak ambil hati. Mereka memilih untuk kekal tenang dan tidak membesarkan insiden tersebut.

Malah, difahamkan itu bukan satu-satunya cabaran pada hari bahagia mereka kerana majlis turut berdepan gangguan bekalan elektrik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@kap_jeanecollection

Replying to @My 💗 lek arrr santai santai jer😎 #pelaminangankumusnah #fyp

♬ Funny – Gold-Tiger

Namun yang penting, majlis tetap berjalan lancar sampai ke penghujung. Memang pengantin sporting habis!

Sumber: TikTok ayeen.orl, nty0urs._, kap_jeanecollection

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd