Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penemuan Mayat Reput Di Banting Sah Milik Yap Xin Yuan

Susulan kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang, polis telah mengesahkan penemuan mayat reput dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu, adalah milik Yap Xin Yuan.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan sendiri kejadian tersebut dan keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia.

“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga”, katanya hari ini.

Foto: Sinar Harian

Penemuan Mayat Reput Di Sungai Adalah Yap Xin Yuan

Foto: China Press

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir mendiang dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.

Difahamkan, terdapat tiga lelaki termasuk teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Foto: China Press

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isnin lalu, polis menemukan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan Yap di Kajang pada 19 Disember lalu.

Keluarga Yap memberikan pihak polis sampel DNA susulan penemuan mayat terbabit.

Artikel lain: Mayat Reput Ditemui Di Banting, Disyaki Ada Kaitan Remaja Hilang Di Kajang

Kes kini diklasifikasikan sebagai bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang juga telah mengklasifikasikan siasatan kes daripada orang hilang kepada siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin Tv3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd