Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rayuan Ditolak, 23 Penduduk Kampung Sungai Baru Gagal Tangguh Perintah Pengosongan Rumah

Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan 23 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru, Kampung Baru bagi mengetepikan keputusan sebelum ini yang menolak permohonan penangguhan perintah pengosongan kediaman.

Gagal tangguh perintah pengosongan

Memetik laporan Kosmo, perkara itu diberitahu oleh peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili 23 penduduk selaku perayu selepas prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Su Tiang Joo.

penduduk kampung sungai baru Gagal tangguh perintah pengosongan

Rozal Azimin berkata antara alasan rayuan itu ditolak kerana disebabkan oleh pelaksanaan telah dijalankan (pengosongan kediaman).

“Kita akan menulis surat kepada peguam pemaju untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang-barang yang masih dalam rumah,” kata peguam tersebut yang turut memaklumkan mahkamah memerintahkan pihak parayu perlu membayar kos RM10,000.

Ditanya adakah pihaknya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, peguam itu berkata pihaknya akan mempertimbangkan perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir dalam prosiding hari ini, pelakon dan pempengaruh Rafidah Ibrahim.

Difahamkan, penduduk-penduduk itu merayu keputusan mahkamah yang mengeluarkan writ milikan kepada pemaju iaitu KL City Gateway Sdn. Bhd. bertarikh 4 jun lalu yang membenarkan pemaju melaksanakan writ tersebut pada 15 julai 2025.

September lalu, media melaporkan suasana tegang menyelubungi kawasan luar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru apabila baki 15 penduduk berdepan tindakan pengusiran selepas enggan berpindah dari kediaman mereka.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi penguat kuasa lain tetap melaksanakan operasi selepas melalui proses perolehan ditetapkan dengan perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu dibuat selepas semua prosedur dipatuhi dan perintah mahkamah diperoleh.

Arrtikel lain: Isu Kampung Sungai Baru, Johari Diam Sebab Malas Cakap Benda Bodoh

Untuk rekod, operasi itu kali kedua dijalankan selepas cubaan pertama pada 16 Julai lalu bagi menge­luarkan 14 buah keluarga gagal.

Sekadar info, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini ditentang oleh sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Nuzulsham Shamsuddin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd