Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pendidikan Seksual Harus Jadi Pencegahan Bukan Sekadar Intervensi – Putera MIC

Pendidikan Seksual Harus Jadi Pencegahan

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar, menegaskan bahawa Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) perlu dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal, bukan sekadar intervensi selepas berlakunya kejadian keganasan seksual.

Beliau berkata, pelaksanaan pendidikan ini harus memberi tumpuan kepada usaha membina kesedaran dan kefahaman yang mendalam dalam kalangan pelajar mengenai isu gangguan seksual, rogol, kehamilan remaja serta gejala sosial lain.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif harus lebih daripada sekadar intervensi selepas kejadian. Ia perlu menyediakan pencegahan awal terhadap gangguan seksual, rogol, kehamilan remaja dan gejala tidak sihat lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pendidikan Seksual Harus Jadi Pencegahan

Menurutnya, antara topik yang wajib diterapkan dalam PKRS ialah anatomi dan biologi reproduktif, hubungan interpersonal serta konsep persetujuan (consent), selain pendedahan mengenai identiti jantina dan orientasi seksual.

Beliau turut menegaskan kepentingan mendidik pelajar mengenai akibat undang-undang terhadap jenayah seksual, termasuk hukuman penjara yang bakal dikenakan kepada pesalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pendidikan ini bukan bertujuan menakutkan kanak-kanak, tetapi membentuk modal insan yang peka, berpengetahuan dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Artikel lain: Demi Keselamatan Pelajar, KPM Arah Pengetua Ronda Kawasan Sekolah Setiap Pagi

Beliau turut menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan mengenai lima komponen utama reformasi pendidikan negara, terutamanya usaha memastikan sekolah menjadi premis yang lebih selamat untuk semua pelajar.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan supaya pelaksanaan PKRS tidak dilakukan sekadar memenuhi syarat formal seperti yang berlaku terhadap subjek sivik dan pendidikan jasmani sebelum ini, yang sering digantikan dengan pengajaran subjek teras.

Tegasnya, keberkesanan pendidikan ini memerlukan pelaksanaan yang teliti, konsisten dan berfokus, demi kesejahteraan serta keselamatan pelajar di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd