Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penantian Berakhir, Isteri Pakcik Petai Dapat ‘Mata Baharu’

Hari yang dinantikan oleh isteri kepada ‘Pakcik Petai’ tiba apabila beliau selamat menjalani pemedahan katarak secara percuma.

Menurut laporan Harian Metro, Astiah Yaakob, 64, menjalani prosedur tersebut di Hospital Columbia Asia, dengan pemedahan dikendalikan oleh Pakar Perunding Oftalmologi, Retina Perubatan dan Uveitis, Dr K Sangeeta, bermula pukul 9 pagi.

Foto: Harian Metro

Selesai pembedahan, Astiah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu walaupun dia tidak boleh berbual panjang.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya.

Bagi suaminya Mohd Noor Sidek, 67, atau lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Petai, pembedahan ini amat bermakna dan berharap isterinya dapat menjalani rutin harian dengan lebih mudah, termasuk dalam aspek beribadat.

“Mungkin kalau duduk di rumah dia boleh menyapu sampah, masak nasi, maksudnya rutin harian dia jadi lebih mudah dan teratur,” katanya ringkas.

Foto: Sinar Harian

Dr. Sangeeta, yang merawat Astiah, menjelaskan bahawa tahap katarak dihidapi oleh wanita tersebut adalah kritikal dan beliau berharap pesakit akan pulih sepenuhnya untuk menjalani kehidupan lebih baik dan berkualiti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Columbia Asia Seremban, Alice Chong meluahkan rasa gembira kerana hospital tersebut dapat membantu dalam pembedahan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menambah, program bantuan seperti ini bukan kali pertama dijalankan oleh pihak hospital, yang berperanan dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu mereka yang memerlukan.

Terdahulu kisah ‘Pakcik Petai’ mula mendapat perhatian tular videonya membuang semua barang jualan di jalan raya sebagai tanda protes kerana tidak dibenarkan berniaga menggunakan motosikal di hadapan pasar raya di Port Dickson.

Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi, dengan ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib warga emas berkenaan. Dalam temubual selepas itu, dia menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana berusaha mengumpul wang untuk pembedahan katarak isterinya.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi), Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd