Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penamatan Subsidi Ayam, KPDN Janji Pastikan Tiada Harga Tidak Munasabah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) janji akan pastikan tiada harga tidak munasabah dan akan terus melakukan pemantauan terhadap harga barang dalam negara.

KPDN janji pastikan tiada harga tidak munasabah

Pemeriksaan dan pemantauan ini dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa di lapangan berhubung penjualan ayam susulan penamatan subsidi  dan kawalan harga ke atas harga ayam pada 1 November lalu.

Lebih daripada 2,200 anggota penguat kuasa di seluruh negara telah digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

Tindakan itu diambil bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN.

Artikel lain: KPDN Beri Gardenia 6 Hari Perjelas Kenaikan Harga 30 Produk

Dalam pada itu, hampir 1,500 premis terlibat dalam pemantauan ini meliputi pasar basah, hypermarket dan supermarket, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia.

KPDN juga memberikan amaran keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah dikuat kuasakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peniaga dikehendaki mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan untuk mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh KPDN.

Selain itu, pengguna disarankan untuk memanfaatkan sepenuhnya aplikasi mudah alih Price Catcher semasa berbelanja dan membuat perbandingan harga disamping merancang perbelanjaan secara berhemah.

Berdasarkan pemantauan KPDN pada 2 November lalu, kedudukan purata Ayam Bersih Standard di peringakat Nasional ialah RM8.51/kg.

Manakala harga purata di Semenanjung Malaysia ialah RM8.46/kg dan harga purata Ayam Bersih Standard di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing adalah RM11.61/kg, RM10.14/kg dan RM12.50/kg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi sebarang aduan berkenaan salah laku oleh peniaga, orang ramai boleh memaklumkan kepada pihak KPDN pada saluran seperti Whatsapp di 019-279 4317 atau 019-848 8000 atau boleh mebuat aduan di portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my/.

Pengguna juga boleh menghubungi KPDN melalui Call Centre 1-800-886-800, emel [email protected] atau aplikasi Telefon pintar Ez ADU KPDN.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd