Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Idlan berasa begitu gembira apabila berpeluang untuk berkongsi rezeki bersama dengan anak-anak daripada Maahad Tahfiz Darul Hidayah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Menurut laporan mStar, seramai 70 orang termasuklah guru di Tahfiz tersebut dijemput sebagai tetamunya untuk menonton filem yang sedang hangat di pawagam iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di sebuah pusat membeli membelah belah Wangsa Walk di ibu kota.

Jelasnya, sebaik sahaja dia mendapat persetujuan dari seorang ustaz yang memegang amanah dalam menjaga anak-anak tahfiz itu, mereka bergerak ke pusat membeli belah itu selepas selesai solat waktu maghrib .

“Tayangan filem tersebut dijadualkan pada pukul 9 malam. Apabila dapat tengok wayang ni, kelihatan semangat dan kegembiraan tu jelas terpancar di wajah mereka masa tu,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Idlan yang juga merupakan seorang usahawan, aktiviti sebegitu adalah pengalaman pertama yang paling berharga dalam kehidupannya dan berharap dapat memberi manfaat kepada umum.

Difahamkan, dia dan isteri pernah terlibat dalam satu misi kemanuasiaan dimana anak-anak tahfiz itu turut bersama dalam menyumbangkan kudrat dan tenaga dalam misi bantuan banjir di Shah Alam, Selangor.

“Sebelum ni kami pernah ke Shah Alam menyertai misi bantuan banjir…pelajar tahfiz ini turut serta pada ketika itu,” katanya.

Enggan mengulas berkaitan wang yang telah dibelanjakan, Idlan berharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi buruk terhadap dirinya dan menyeru orang ramai untuk berkongsi kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar (Wais Qorni Azizan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd