Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Terkejut ‘Beruk’! Lee Jongsuk & IU Akui Sedang Hangat Dilamun Cinta

siapa sangka, rupanya pelakon terkenal Lee Jongsuk dan penyanyi wanita popular, IU menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini kerana kedua-dua selebriti itu mengakui sedang hangat menjalin hubungan percintaan.

Khabar gembira tersebut disahkan sendiri oleh pengurusan Lee Jongsuk, HighZium Studio, dengan memaklumkan mengenai hubungan istimewa mereka.

View this post on Instagram

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lee Jong-suk dan IU sebelum ini memang berkawan baik dan kini menjalani perhubungan series sebagai kekasih. Terus memberikan sokongan kepada pasangan ini supaya dapat mengekalkan perhubungan cinta mereka,” kata wakil tersebut.

Apa yang lebih menariknya, IU turut mendedahkan hubungannya bersama pelakon kacak itu kepada umum terutamanya dalam kalangan peminatnya di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mereka yang melihat artikel hari ini akan tahu. Saya sebenarnya sedang bercinta. Saya sangat berhati-hati kerana saya fikir UAENA, yang sentiasa bimbang tentang saya dan ingin tahu tentang keadaan saya, pasti sangat terkejut. Tetapi, ya…Itulah yang berlaku!
“Saya dan rakan sekerja lama saya mengembangkan cinta dan bergantung antara satu sama lain. Dia telah bersorak kepada saya, berkata ‘Awak hebat, sangat hebat’, untuk masa yang lama dan saya berterima kasih untuk itu. Dia juga seorang yang comel dan boleh dipercayai, yang memberi saya galakan yang ikhlas,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah penyanyi yang juga merupakan aktres terkenal itu lagi, dia berharap agar peminatnya sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan hubungannya yang terkini dan memohon maaf andai berita tersebut telah mengejutkan ramai pihak.

“Memandangkan anda semua telah mengetahui tentang itu, saya akan dating dengan baik dan senyap supaya peminat saya tidak perlu terlalu risau. Saya minta maaf kerana mengejutkan awak. Namun begitu, UAENA mengucapkan tahniah kepada saya dahulu. Sekali lagi, saya minta maaf dan terima kasih,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi), Kimchi Daily 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd