Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Tak Boleh Terima Hakikat Xiumin Sudah Tua -“Dia Selalunya Comel”

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan Korea Selatan terkenal, Xiumin menjadi bualan netizen gara-gara sebuah gambar dia kelihatan tua tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan ramai.

Difahamkan, punca kepada perbalahan itu adalah disebabkan seorang peminat yang mendakwa wajah anggota kumpulan EXO itu kelihatan sangat tua berbanding dengan wajahnya sebelum ini.

Gambar tersebut telah dimuat naik dalam aplikasi Nate, Pann dan ia telah menjadi topik hangat netizen terutamanya dalam kalangan peminatnya.

“Bila Xiumin jadi tua sebegini? Saya tak tangkap gambar ini, tapi ini thumbnail. Saya terkejut selepas tengok thumbnail ini. Dia kan selalunya comel dan sangat kecil,” dakwa peminat.

Bagaimanapun, ada netizen lain mengatakan perkara tersebut berkemungkinan terjadi kerana warna rambutnya yang sudah dilunturkan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan peminat menegaskan Xiumin kelihatan berusia dan matang adalah disebabkan usianya sudah mencecah 32 tahun.

“Dia 32 tahun, sudah tentu dia nampak matang. Itulah penuaan untuk seseorang.
“Lagipun berat badannya turun dan lunturkan warna rambut. Tapi dia tetap nampak kacak,” puji peminat.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd