Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Puji G-Dragon Makin Berisi, Nampak Lebih Kacak

Baru-baru ini, jenama mewah antarabangsa Chanel mengadakan acara Chanel x Frieze yang berlangsung di Cheongdam, Seoul.

Lebih menjadi perhatian apabila penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon tampil ke acara seni global tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih.

Memetik laporan allkpop, ramai peminat senang hati apabila ahli kumpulan Big Bang itu dilihat gembira dan bahagia sekali gus menyerlahkan lagi auranya sebagai ‘superstar’.

Malah, terdapat juga peminat yang perasan mengenai perubahan fizikal rapper berusia 34 tahun itu yang dikatakan semakin berisi selain nampak semakin sihat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya gembira dia kelihatan lebih sihat dengan penambahan sedikit berat badan,” kata seorang peminat.
“Dia nampak lebih muda apabila berat badan bertambah,” ujar peminat lain.
“Dia kelihatan sangat kacak bila tersenyum, nampak sihat sejak makin berisi,” tambah peminat lain.

Untuk rekod, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong pernah dinobatkan sebagai individu paling berpengaruh di bawah 30 tahun dalam dunia hiburan oleh Forbes pada 2016.

Sumber: allkpop

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd