Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemimpin Tertinggi Hamas Maut Dalam Serangan Terbaharu Israel

Pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri maut dalam serangan terbaharu tentera zionis di Selatan Beirut, Lubnan, tengah malam tadi (waktu tempatan).

Menurut laporan Buletin TV3, perkara tersebut telah disahkan oleh TV Hamas selain tujuh orang meninggal dunia dalam serangan oleh dron Israel yang menyasarkan pejabat Hamas di Beirut.

Untuk pengetahuan semua, Saleh al-Arouri adalah salah seorang pengasas Briged al-Qassam dan merupakan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas.

Pemimpin tertinggi Hamas maut

Artikel lain: Netanhayu Beri Amaran Kepada Pejuang Palestin -“Serah Diri Atau Hilang Nyawa”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kematian pemimpin tertinggi pejuang palestin itu tidak akan melunturkan semangat mereka untuk terus mempertahankan tanah air daripada terus diceroboh oleh Israel.

Hizbullah berikrar kematian Saleh tidak akan “tidak dihukum.” Hizbullah menyebutnya “serangan serius ke atas Lubnan… dan perkembangan berbahaya semasa perang.”

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan yang dilakukan rejim zionis dan berkata ia “bertujuan untuk menarik Lubnan” lebih jauh ke dalam perang Hamas-Israel.

Sehingga kini, jumlah kematian Palestin yang direkodkan kepada lebih 22,000 dalam hampir tiga bulan peperangan di kawasan yang dikuasai Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd