Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Netanhayu Beri Amaran Kepada Pejuang Palestin -“Serah Diri Atau Hilang Nyawa”

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beri amaran tegas kepada pejuang Palestin iaitu Hamas sama ada untuk serah diri atau mati.

Menurut laporan Sinar Harian, ikrar tersebut dilakukan pada Rabu demi menghapuskan Hamas yang memberi saingan serta ancaman hebat untuk pasukan zionis.

Netanyahu beri amaran kepada pejuang Palestin

Artikel lain: Israel Alami Kejatuhan Moral, Masih Tak Mampu Kalahkan Pejuang Palestin

Difahamkan, Netanyahu memberitahu peperangan yang berlaku pada ketika ini akan berakhir jika Hamas dapat dihapuskan oleh tentera zionis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendirian sombong tersebut secara tidak langsung menutup spekulasi bahawa satu lagi gencatan senjata akan berjaya dipersetujui.

“Kami meneruskan peperangan hingga tamat. Ia akan berterusan sehingga Hamas dihapuskan – sehingga menang. Sesiapa yang berfikir bahawa kita akan berhenti adalah khayalan.
“Kami tidak akan berhenti berjuang sehingga semua matlamat yang telah kami tetapkan tercapai; penghapusan Hamas, pembebasan tebusan kami dan penyingkiran ancaman dari Gaza.
“Kami menyerang Hamas dengan api yang ganas, di mana-mana, termasuk hari ini, kami juga menyerang rakan sekutu mereka dekat dan jauh. Semua pengganas Hamas, dari yang pertama hingga yang terakhir, tak ada pilihan. Mereka hanya mempunyai dua pilihan; menyerah atau mati,” katanya.

Kini, Israel terima tekanan tinggi daripada pemimpin seluruh dunia ekoran peningkatan kematian yang berlaku di Gaza.

Mana tidaknya, serangan tanpa henti dilakukan oleh mereka sehingga memusnahkan sebahagian besar kawasan pinggir pantai yang padat penduduk sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dan penculikan Hamas pada 7 Oktober.

Apa yang lebih menyedihkan, hospital terakhir tersebut adalah Hospital Al-Ahli, yang juga dikenali sebagai hospital Baptist atau Ahli Arab, mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya puluhan mangsa maut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd