Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Premis Ditahan Kes Tular Kalimah Allah Pada Tokong Kecil

Polis menahan seorang pemilik premis perniagaan perkakasan berhubung penemuan kalimah Allah pada sebuah tokong kecil di premisnya di Seriab, Kangar pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada kira-kira 3 petang oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah itu.

“Siasatan kes ini di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Foto: Media sosial

Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim sebelum ini memaklumkan kepada Bernama polis menerima laporan pada 2.30 petang selepas seorang lelaki menonton video berkaitan kejadian itu di Facebook “SAYA ANAK PERLIS”.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd