Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Mykad Di Ukraine Dikenal Pasti, Dipercayai Masih Hidup Jadi Tentera Upahan

Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati rakyat Malaysia berkenaan yang bernama Lee Bing Hang, berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.

Foto: Media Perpaduan

Beliau berkata, pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, lelaki itu berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelaskan lebih lanjut Razarudin berkata siasatan mendapati tawaran gaji yang menarik hingga US$2,700 sebulan (RM11,807) selain meminati bidang ketenteraan mendorong lelaki muda itu menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan.

“Selain itu, tekanan keluarga dipercayai menyebabkan lelaki tersebut sanggup menjauhkan diri kerana dia dibesarkan oleh ibunya di Perlis selepas berpisah dengan bapanya sejak kecil,” katanya pada Isnin.

Foto: X @Zlatti_71

Beliau turut mendedahkan lelaki tersebut menjadi tentera upahan di Ukraine sejak April 2024 selepas membuat permohonan melalui laman sesawang ketenteraan Ukraine dan satu-satunya yang berasal dari Malaysia.

“Lelaki tersebut mendapat pendidikan A level di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan kemudian menyambung pengajian di peringkat ijazah di sebuah kolej di Subang Jaya sebelum berhenti awal tahun ini.
“Pada Mac lepas difahamkan lelaki tersebut ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air,” jelasnya.

Foto: X @Zlatti_71

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemui selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd