Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemergian Tun Daim, TPR Akan Putuskan Tindakan Selanjutnya – SPRM

Tindakan lanjut berhubung pendakwaan yang dihadapi bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan kematian Tun Daim, 86, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin.

Tan Sri Azam Baki

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama TPR dan tindakan seterusnya akan diputuskan oleh pihak terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami akan membincangkan dengan pihak TPR mengenai bagaimana pemergian Allahyarham Tun Daim berkemungkinan boleh menjejaskan pendakwaan.
“Hal itu, hanya TPR boleh memutuskan sama ada meneruskannya atau sebaliknya dan kami di SPRM hanya bertanggungjawab untuk menyiasat,” katanya hari ini.

Foto: Carian Google

Walau bagaimanapun, Azam berkata, perkara itu kemungkinan akan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.

Malah, SPRM akan memberikan kemas kini sebaik keputusan dibuat.

SKANDAL PEGAWAI TINGGI' : STAF SPRM LUAH PERASAAN TERPENDAM DI FB

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Allahyarham Tun Daim yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya sejak dua minggu lalu disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Persiaran Bukit Tunku sebelum solat jenazah dijangka selepas solat Asar di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Allahyarham yang dilahirkan di Kedah pada 29 April 1938 pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd