Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemegang Baharu Kunci Kaabah, Abdul Wahhab Al-Shaibi Dilantik Isnin Lalu

Kerajaan Arab Saudi (KSA) dilapor mengumumkan pelantikan Abdul Wahab bin Zain Al Abidin Al Shaibi sebagai ketua pemegang kunci Kaabah yang baharu bagi menggantikan Sheikh Saleh Al Shaibi yang meninggal dunia.

Menurut satu laporan Harian Metro, beliau merupakan yang ke-78 dalam ahli keluarganya mengambil alih tanggungjawab secara tradisi itu selain menjadi pemegang kunci Kaabah bagi kali ke-110 sejak era Qusay ibn Kilab.

Foto: X @S_ahmg

“Upacara penyerahan kunci Kaabah dan Maqam Ibrahim (maqam-e-Ibrahim) kepada Abdul Wahab bin Zain Al Abidin, diadakan pada Isnin lalu,” katanya seperti dipetik portal Siasat Daily.

Turut dilaporkan bahawa cucu kepada Syaibah bin Uthman bin Abi Thalhah tersebut diberi tanggungjawab membuka dan menutup pintu Kaabah selain membersihkan, mencuci, membaiki Kiswah, dan mengalu-alukan pengunjung yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keluarga Al-Shaibi memegang penghormatan ini sejak Nabi Muhammad SAW menyerahkan kunci Kaabah kepada Uthman ibn Talha,” ujar laporan itu lagi.

Foto: Khaleej Times

Terdahulu, pemegang kunci Kabaah untuk kali ke-109, iaitu Syeikh Saleh Al-Shaibi dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Pemakaman Al Moalla, Mekah setelah disolatkan di Masjidil Haram.

Untuk makluman, Saleh Al-Shaibi sebelum ini dilantik sebagai ketua pemegang kunci Kaabah selepas bapa saudaranya Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia pada 2013.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd