Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pembesaran Terminal Westports Dijangka Tingkat Kapasiti Kontena 27 Juta TEU

Kapasiti pengendalian kontena di Pelabuhan Klang dijangka meningkat daripada 14 juta TEU kepada 27 juta TEU hasil daripada Perjanjian Tambahan Ketiga untuk Penswastaan Pelabuhan Barat yang dimeterai hari ini.

Menerusi satu kenyataan, perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Awam, Loke Siew Fook itu merupakan satu rekod baharu bagi Kerajaan Malaysia, LPK dan Westports Malaysia.

Pembesaran Terminal Westports tingkat kapasiti kontena

Pembesaran Terminal Westports Tingkat Kapasiti Kontena

Sebelum ini, Perjanjian Penswastaan Pelabuhan Barat (Asal) antara Kerajaan Malaysia, LPK dan Westports Malaysia telah ditandatangani bagi tempoh 30 tahun.

Perjanjian yang dahulunya dikenali sebagai Kelang Multi Terminal Sdn Bhd telah berkuatkuasa bermula 1 September 1994 hingga 31 Ogos 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsensi baru ini akan merangkumi kemudahan pelabuhan yang sedia ada di Pelabuhan Barat dan fasiliti baru yang akan dibangunkan untuk tempoh dari 2024-2082, 58 tahun dengan pelaburan sebanyak RM39.6 bilion.

Artikel lain: KBBM, Pasar Raya LuLu Bantu Tingkatkan Jualan Barang Tempatan

Sementara itu, peningkatan kapasiti pengendalian kontena itu dilaksanakan melalui pembesaran terminal Westports (CT10 hingga CT17).

Dalam pada itu, pelaksanaan pembangunan terminal kontena CT10 hingga CT17 akan dilaksanakan berasaskan prinsip kelestarian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini sejajar dengan aspirasi pelabuhan hijau termasuk penggunaan automasi dan memanfaatkan pendigitalan yang bukan sahaja mengurangkan pelepasn gas hijau tetapi menjamin masa hadapan.

Pembesaran Terminal Westports Tingkat Kapasiti Kontena

Pembangunan baru ini akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan masa hadapan selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan Malaysia juga memberikan sokongan dan komitmen penuh dalam usaha membangunkan Pelabuhan Klang kerana pembangunan infrastruktur maritim merupakan keutamaan dalam meningkatkan ekonomi negara.

Kerjasama dan kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam industri dinamik ini dipercayai akan membawa kepada pencapaian yang lebih besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, ia juga akan membangunkan masa hadapan yang lebih cerah bagi industri pelabuhan dan perkapalan Malaysia.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd