Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pembedahan Hidung Tak Berjaya, Priyanka Chopra Menangis Ketakutan -“Wajah Saya Sangat Aneh”

Pelakon Bollywood terkenal, Priyanka Chopra mendedahkan dia pernah melakukan pembedahan di wajahnya demi mendapatkan standard kecantikan yang perlu dipenuhi untuk menembusi pasaran filem Bollywood.

Ujar Priyanka, hidung adalah bahagian wajah yang diubahnya bagi mendapatkan bentuk lebih baik berbanding dengan sebelumnya.

Walaubagaimanapun, pelakon yang berusia 40 tahun itu memaklumkan pembedahan yang dilakukannya itu adalah gagal dan secara tidak langsung membuatkan wajahnya bertukar menjadi pelik.

Susulan kejadian itu, dia mengakui sangat tertekan untuk melalui kehidupan sehariannya apabila melihat kepada wajahnya yang tidak normal seperti sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya mengalami masalah sukar bernafas. Batang hidung saya pada bahagian tengah hampir patah.
“Saya sangat ketakutan dan menyesal pada waktu itu. Wajah saya juga kelihatan sangat aneh,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon terkenal iaitu Nick Jonas itu turut memberitahu dia akan menangis setiap kali melihat wajahnya pada cermin.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd