Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pembawa Pulang Kapal Selam Pertama Malaysia Kini Dilantik Sebagai Panglima Tentera Laut ke-19

Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.

Foto: BERNAMA 

Menurut laporan BERNAMA, beliau yang memegang jawatan Pemangku Panglima Tentera Laut sejak 1 Ogos tahun lalu dinaikkan pangkat ke Laksamana daripada Laksamana Madya untuk dilantik sebagai Panglima Tentera Laut.

Zulhelmy dilantik bagi menggantikan Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob yang akan bersara pada 2 Disember 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

Melalui satu kenyataan, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut memaklumkan Majlis pemakaian pangkat disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disaksikan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan hari ini.

“Kerjaya Zulhelmy sebagai Submariner bermula pada 1993, apabila memperoleh lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS Platypus, Australia seterusnya, menamatkan Kursus Kapal Selam di Brest, Perancis dan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pegawai Memerintah Kapal Selam jenis Agosta.
“Sejarah turut tercipta apabila beliau berjaya membawa pulang KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis yang mengambil masa selama dua bulan, dalam pelayaran sulung yang bersejarah menuju ke Malaysia pada 10 Julai 2009,” katanya.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Zulhelmy ialah Panglima Angkatan Kapal Selam, Asisten Ketua Staf Pembangunan (J5) Markas Angkatan Bersama, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut, Panglima Wilayah Laut 1, Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional dan Timbalan Panglima Tentera Laut.

“Seluruh warga the Navy People mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan tersebut.” ujar kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd