Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Volkswagen Mengaku Tidak Bersalah Memandu Bahaya Hingga Remaja Maut, Putus Kepala

Foto: Harian Metro

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang berlaku bulan lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Asrizal Hisham Khalid, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Foto: Harian Metro

Berdasarkan pertuduhan, Asrizal didakwa memandu sebuah Volkswagen GTI secara berbahaya di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.36 petang pada 19 Mei lalu sehingga menyebabkan kematian Wah Han Keong, 18.

Foto: Media sosial

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu lesen memandunya digantung sehingga prosiding kes selesai.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Ogos depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ameena Azzuhriyyah Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van Nissan Vanette dan kereta di Jalan Losong Feri pada 19 Mei lalu.

Foto: Media sosial

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas kepalanya dipercayai putus akibat impak kemalangan berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd