Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Vellfire Didenda RM5,500! Cedera, Ugut Lelaki Warga Emas

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Cheras-Hulu Langat, Ahad lepas.

Pemandu Vellfire didenda

Menurut laporan Bernama, Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Adli Yusof, 52, dan memerintahkan lelaki itu dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras pada 4.05 petang 8 Feb.

Pemandu Vellfire didenda

Foto: Bernama

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa empat orang anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, kerana mengugut mangsa di tempat dan lokasi sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis Tahan Suspek Ugut, Tendang Warga Emas Susulan Kemalangan Di Pekan Suntex

Berdasarkan fakta kes, kejadian berpunca daripada kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dipandu mangsa dan Toyota Vellfire dipandu Saiful Adli di Jalan Cheras-Hulu Langat pada 3.45 petang.

Pemandu Vellfire didenda

Foto: Video tular

Mangsa didakwa meneruskan perjalanan ke Taman Suntex kerana takut dan Saiful Adli yang mengekori dikatakan menahan kenderaan mangsa di lampu isyarat sebelum bertindak menendang kereta terbabit.

Apabila mangsa keluar dari kenderaan, Saiful Adli terus menumbuk dan menendang mangsa sehingga cedera pada muka, mata lebam, dagu bengkak serta lidah berdarah, selain turut mengugut mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Aida Afiqah Shaari memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili Saiful Adli memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan dan pencari nafkah tunggal dalam keluarga serta menanggung isteri dan empat anak berusia antara 16 tahun hingga enam hari selain ibu mentua yang menghidap penyakit kronik.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd