Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Suspek Ugut, Tendang Warga Emas Susulan Kemalangan Di Pekan Suntex

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, semalam.

Tendang warga emas

polis tahan lelaki Tendang warga emas

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang daripada mangsa, seorang lelaki berusia 69 tahun yang juga pesara. Mangsa mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul selain diugut oleh suspek di lokasi kejadian.

Menurut beliau, hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek berusia 52 tahun di sekitar Kajang pada jam 11.30 malam. Suspek kemudiannya direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika ugutan melibatkan ancaman bunuh,” kata Naazron, hari ini.

Artikel lain: Kes Gelandangan Disimbah Air, Rupanya Ada ‘Plot Twist’? Individu Dakwa Mangsa Selalu Buang Najis Merata

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 012-608 9180.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi undang-undang serta mengamalkan sikap bertanggungjawab demi mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam.

Sumber: Berita Harian (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd