Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu OKU Dedah Video Ditumbuk, Polis Maklum Pengawal Pengiring Sudah Diambil Tindakan

Pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) e-hailing yang mendakwa ditumbuk oleh anggota rombongan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya dedah video rakaman kejadian yang dikatakan berlaku pada Mei lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, pemandu OKU, Ong Ing Keong menitikkan air mata ketika video yang menunjukkan dia ditumbuk oleh salah seorang pengiring ketika penumpangnya baru masuk ke dalam kereta.

Pemandu OKU dedah video ditumbuk

Sementara itu, peguam Ong iaitu N Surendran meluahkan rasa kecewa kerana walaupun sudah hampir dua setengah bulan kejadian itu, masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak tahu apa sebabnya, kerana bukti adalah jelas. Tiada siapa yang diheret ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambahnya, pihaknya tidak merancang untuk melakukan sidang media berkenaan namun disebabkan masih tiada keadilan buat Ong, mereka terpaksa mengambil tindakan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tak sepatutnya buat sidang media seumpama ini, tak patut, siapa sangka perkara seperti ini berlaku apabila laporan dibuat.
“Dan kes itu juga mendapat publisiti meluas, apa yang perlu dilakukan sudah dilakukan tetapi sekali lagi kita terpaksa membuat sidang akhbar untuk menuntut keadilan apabila dia (Ong) sepatutnya mendapat keadilan secara automatik,” ujarnya.

Sementara itu, Ong berkata menerusi jurubahasa isyaratnya, Lucy Lim, dia masih tertekan walaupun kejadian itu sudah berlaku lebih dua bulan lalu.

“Kenapa saya berani tunjuk muka? Dan kenapa suspek yang polis (sudah) kenali tetapi belum dibawa ke muka pengadilan.
“Dan (wajah suspek) belum didedahkan. Saya memang berasa sangat tertekan dengan sikap berdiam diri yang berpanjangan berhubung kejadian ini,” luah Ong.

Dalam pada itu, pemandu OKU berusia 48 tahun turut meluahkan dia tidak mendapatkan sebarang rawatan untuk trauma susulan bayaran pakar terapi yang menawarkan pakej bahasa isyarat dua kali ganda keraja halangan berkomunikasi.

“Di Malaysia terdapat beberapa pakar , terdapat beberapa pakar psikiatri tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang mendengar dan walaupun orang pekak kita akan mendapatkan rawatan dengan mereka, harganya adalah dua kali ganda,” katanya.

Dalam pada itu, klip video yang kini telah dimuat naik di media sosial memaparkan Ong yang menunggu pelanggan untuk masuk ke dalam keretanya.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian sut mengetuk cermin keretanya dan mengarahkan Ong untuk bergerak, namun pemandu OKU itu cuba memberitahu dia sedang menunggu pelanggannya masuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa saat selepas itu, seorang lagi lelaki berpakaian sut muncul di sebelah tempat duduk pemandu kemudian melemparkan tumbukan kepada Ong.

Ong kelihatan agak terkejut dengan tumbukan itu, namun selepas ketiga-tiga penumpangnya masuk ke dalam kereta, pemandu OKU itu terus memandu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husian juga telah mengeluarkan kenyataan selepas beberapa jam pemandu tersebut mendedahkan rakaman kejadian.

Menurut Razarudin, selain disiasat dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, polis pengiring itu juga disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, tindakan tatatertib telah pun diambil oleh JIPS selepas jabatan itu menyelesaikan siasatan berhubung kes itu pada Jun lalu namun tidak menyatakan secara khusus tindakan yang dikenakan.

Sumber: Malaysiakini (Shahrin Aizat, Noorshahrizam & Wong Kang Jia), X DrMasIindaSis

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd