Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Langgar Empat Beranak Mengaku Bersalah, Nafi Larikan Diri

Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial mengaku bersalah kerana melanggar empat beranak sehingga mengalami kecederaan, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Fatin Dayana Jalil memutuskan hukuman tersebut terhadap pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda secara tidak cermat di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakang pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukannya kerana telah membahayakan pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd