Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rempuh Pelajar UniSZA, Pemandu Honda Jazz Turut Didakwa Mencuri

Seorang lelaki yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan maut melibatkan seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd. Izuddin Zakaria, 32, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri di Mahkamah Majistret  Kuala Terengganu hari ini.

Pemandu Honda Jazz turut didakwa mencuri

Menurut laporan Utusan Malaysia, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood, namun tertuduh memohon dibicarakan atas dakwaan itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Izuddin didakwa mencuri wang tunai sebanyak RM200, beg merah, seutas kunci bertulis “Honda”, kad holder, kad kuasa tentera, kad ATM Maybank dan Affin Bank serta lesen memandu milik seorang lelaki berusia 29 tahun.

Pemandu Honda Jazz

Foto: Utusan

Kesalahan itu didakwa berlaku di kawasan parkir Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kira-kira pukul 1.15 petang pada 5 Januari lalu.

Kesalahan tersebut adalah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemandu Honda Jazz Langgar Pelajar UniSZA Hingga Terkorban Direman 4 Hari

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Februari ini.

Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Mohd. Khairi Mohd. Noor, manakala tertuduh hadir tanpa peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pemandu Honda Jazz

Foto: Bernama

Sebelum ini, pada 12 Januari, Mohd. Izuddin juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian pelajar UniSZA, Syakirah Hanan Mazli, 25.

Pemandu Honda Jazz

Foto: Media sosial

Sumber: Utusan Online

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd