Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Dakwa Sakit Kepala Sebelum Rempuh Tiga Kenderaan Di Lampu Isyarat

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mendakwa mengalami sakit kepala secara tiba-tiba sebelum merempuh tiga buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah dalam kejadian di Kilometer 19.5 Jalan Ipoh–Kuala Lumpur, pada petang Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang apabila kenderaan dipandu lelaki berkenaan meluncur laju sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Toyota Vios dan impak perlanggaran itu menyebabkan dua lagi kenderaan di hadapan, iaitu Perodua Myvi dan Perodua Axia, turut terlibat dalam kemalangan berantai tersebut.

Foto: FB Yazid Mohammad

“Pelanggaran tersebut mengakibatkan kerosakan ketara pada kenderaan terlibat termasuk bonet hadapan dan belakang kemik, bampar tercabut, lampu pecah serta kerosakan pada pintu.
“Pemandu Hilux tersebut memberi alasan mengalami sakit kepala ketika kejadian berlaku.
“Dia terus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan akan membuat laporan polis berhubung kemalangan itu hari ini (Isnin),” kata Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud.

Rakaman kejadian yang dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) salah sebuah kenderaan di lokasi kejadian turut tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.

Foto: FB Yazid Mohammad

Siasatan lanjut berhubung insiden masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) iaitu kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd