Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemain Golf Hampir Kemalangan, ‘Buggy’ Dikejar Aligator

Dua lelaki dipercayai pemain golf berdepan detik cemas apabila dikejar seekor aligator ketika menaiki ‘buggy’ di sebuah kelab golf di Florida, Amerika Syarikat.

Menurut laporan Daily Star, reptilia itu pada mulanya berada di atas darat sebelum merangkak laju mendekati kenderaan tersebut.

Jika dilihat menerusi video tular, difahamkan haiwan berkenaan ingin menuju ke arah tasik namun kebetulan ‘buggy’ itu melalui jalan tersebut.

Ia secara tidak langsung menyebabkan kedua-dua pemain golf itu hampir terbabit dalam kemalangan apabila ‘buggy’ terbabas dari laluan jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hanya Main 3 Pusingan, Remaja Lelaki Autisme Juara Kejohanan Golf Kebangsaan

Rakaman berdurasi 27 saat itu menjadi tular di media sosial terutama di platform X sehingga mendapat lebih 2.9 juta tontonan.

“’Dinosaur’ akan datang kepada kita,” seloroh seorang pengguna X.

Namun berdasarkan laporan, reptilia itu dikatakan jinak dan tidak mengancam pemain golf di sekitar kawasan terbabit.

Sumber: Daily Star, X @NUCLRGOLF

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd