Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia Dijangka Beraksi Dalam Liga Malaysia

Kelab DPMM FC dari Brunei menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pemain terkaya anak saudara Sultan Brunei

Menurut laporan Sinar Harian, menerusi kenyataan rasmi, kelab itu memaklumkan bahawa mereka merancang membawa masuk pemain berusia 27 tahun itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada Januari depan.

pemain

Foto: Sinar Harian

“Faiq Bolkiah akan dilepaskan oleh pasukannya ketika ini, Ratchaburi FC daripada Liga 1 Thailand.
“Namun dia  hanya boleh didaftarkan pada jendela perpindahan seterusnya iaitu Januari nanti,” katanya.

Artikel lain: Arif Aiman Lakar Sejarah, Pemain Paling Bernilai Empat Musim Berturut-Turut

Faiq sebelum ini pernah tampil dalam 19 perlawanan bersama Chonburi FC pada musim 2022/23 sebelum berhijrah ke Ratchaburi pada musim 2023/24.

Anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu turut dikenali sebagai pemain bola sepak terkaya dunia dengan anggaran kekayaan sekitar AS$20 bilion iaitu jauh mengatasi gabungan nilai kekayaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pemain

Foto: Harian Metro

Karier awal Faiq bermula bersama pasukan remaja Newbury sebelum menyertai akademi Southampton, Chelsea dan Leicester City.

Dia kemudiannya menandatangani kontrak profesional bersama Marítimo pada 2020, namun hanya sempat membuat satu penampilan bersama skuad bawah 23 tahun kelab itu.

Selepas itu, Faiq memilih untuk beraksi di Thailand bersama Chonburi dan seterusnya Ratchaburi sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd