Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup, Belasah & Bunuh Bekas Kekasih

Pemain bola sepak Itali, Giovanni Padovani dijatuhi hukuman seumur hidup atas kesalahan belasah dan bunuh bekas kekasih, Alessandra Matteuzzi pada 23 Ogos 2023.

Belasah, bunuh bekas kekasih

Memetik agensi antarabangsa, bekas pemain pertahanan kelab Sanncataldese berusia 28 itu telah memukul Mateuzzi dengan tukul besi, kayu bola lisut dan kerusi yang diambil dari taman rumah kediaman wanita itu.

Menurut laporan, sewaktu diserang, wanita berusia 56 tahun itu sedang bercakap di telefon bersama kakaknya yang turut menjadi saksi dan dengar jeritan adiknya.

“Giovanni Padovani disabitkan dengan kesalahan mengintai dan menyerang Alessandra sehingga maut di luar rumahnya di Bologna,”petik agensi.

bunuh bekas kekasih

Artikel lain: Suami Mengaku Bunuh Isteri, Sakit Hati Sering Dituduh Curang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mateuzzi meninggal dunia di hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Pernah panjat tembok, putuskan bekalan elektrik

Sementara itu, jiran-jiran Mateuzzi berkata, wanita itu takut dengan sikap bekas kekasihnya di mana pemain bola sepak itu pernah memanjat tembok dan cuba memutuskan bekalan elektrik rumahnya.

Padovani mengatakan, kesihatan mentalnya tidak berada dalam keadaan baik sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Seseorang yang sihat mental, tidak akan membunuh . Ini lebih teruk daripada dipenjarakan,”katanya.

bunuh bekas kekasih

Pasangan tersebut menjalinkan hubungan jarak jauh selama lebih setahun sebelum bertengkar pada Januari 2022 dan berpisah beberapa bulan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Giovanni Padovani berasal dari Senigallia, juga memakai baju Foligno Calcio sebagai pemain pertahanan selepas pengalamannya dalam Kelab Bola Sepak Rieti. Dia tiba pada April 2021 dan membuat tiga penampilan selepas penampilan sulungnya menentang Gavorrano.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd