Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Beregu Badminton Kebangsaan Terus Buru Ranking Nombor 1 Dunia

Pemain beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terus buru kedudukan nombor satu dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut laporan Kosmo, hasrat tersebut akan dikejar apabila mereka menggalas harapan negara pada kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 9 hingga 14 Januari ini.

Sedar ia bukan satu misi yang mudah, Aaron berharap mereka dapat mulakan kempen tersebut dengan langkah baik dan akan memberikan segala-galanya pada aksi Jelajah Dunia Super 1000 tersebut.

Pemain beregu kebangsaan buru ranking dunia

Artikel lain: Lee Zii Jia Juarai Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2023 Di Finland

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang kami berharap untuk memulakan kejohanan pertama tahun ini dengan keputusan yang baik. Bagi saya, ia sesuatu yang penting kerana kami akan beraksi di laman sendiri pada Terbuka Malaysia.
“Itu (No.1 dunia) sentiasa menjadi sasaran, tetapi kita tunggu sahaja masanya sampai nanti. Kalau cakap banyak pun tidak boleh kerana nanti orang anggap kita cakap sahaja,” katanya.

Pun begitu, pemain yang berusia 27 tahun itu tidak mahu meletakkan sasaran yang spesifik pada Terbuka Malaysia untuk menggelakkan sebarang kata-kata negatif.

“Sebab itu saya tidak gemar bercakap mengenai sasaran kerana situasinya sama sahaja. Apabila letakkan sasaran juara, jika tidak dapat, (orang ramai) cakap tidak betul. Apabila sasar suku akhir, mereka cakap kita sasar suku akhir sahaja.
“Justeru, saya hanya fokus pada permainan sendiri,” ujarnya yang bakal membuat perhitungan dengan beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama nanti.

Sekadar info, pasangan beregu tersebut pernah melakar pencapaian terbaik ketika edisi 2022 apabila mara ke pentas separuh akhir sebelum tewas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Sumber: Kosmo (Muhammad Helmee Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd