Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pelumba Berusia 11 Tahun, Qabil Irfan Juara Dunia MiniGP 2023

Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi tersendiri selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol hari ini.

Dengan kejayaan di Litar Kart Ricardo Tarmo, pelumba berusia 11 tahun itu menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori 160cc hari ini selepas perlumbaan pertama dan perlumbaan kedua yang berlangsung pada hari sama.

Beliau menamatkan kedua-dua perlumbaan, masing-masing di kedudukan pertama untuk mengumpul 50 mata.

Qabil Irfan juara dunia MiniGP

Artikel lain: Atlet Ping Pong 11 Tahun Kini Ranking Ke Lima Dunia, ‘Target’ Sukan Olimpik 2032

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada perlumbaan Super Final – yang menawarkan kutipan mata berganda, Qabil Irfan bermula daripada barisan pertama, berjaya meletakkan dirinya berada dalam kelompok lima terbaik sebelum menemui garisan penamat di tempat pertama untuk menambah 50 mata lagi.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 14 minit dan 08.764 saat (s), meninggalkan pelumba Jepun Kotaro Togashi (14:10.057s) dan pelumba Sepanyol Enzo Zaragoza (14:10.289s).

“Syukur Alhamdulillah saya dapat pergi ke final dan minggu ini agak mencabar bagi saya bermula dari sesi latihan hingga ke perlumbaan sebenar. Dapat bergelar juara, dan saya nak ucapkan terima kasih kepada ZK Racing team dan emak, ayah saya yang selalu memberikan sokongan.
“Tidak lupa juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC),” katanya menerusi klip video dikongsikan ZK Racing Team kepada media.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd