Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pelik Tapi Benar! Rupanya Bola Piala Dunia Perlu Cas Dulu Sebelum Main

Sekarang ini, ramai terutama peminat bola sepak sedang memberi tumpuan kepada kejohanan hebat Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Sepanjang berlangsungnya perlawanan antara kebanyakan negara, ternyata banyak yang memberikan kejutan tidak disangka khususnya pasukan Asia di mana berjaya menumpaskan beberapa pasukan hebat dunia.

Bagaimanapun, ada satu fakta menarik mengenai Piala Dunia 2022 di mana ia telah menggunakan bola yang cukup canggih seiring dengan kemajuan teknologi pada masa ini. Bola berkenan dikenali sebagai Al-Rihla.

Memetik portal Marca, Al-Rihla merupakan bola rasmi digunakan di Qatar dan mempunyai 14 gram sensor pada bahagian dalamnya.

Difahamkan, sensor berkenaan berfungsi untuk mengesan keberadaan bola berkenaan sewaktu berada di atas padang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bola yang dihasilkan hasil kerjasama Adidas dan FIFA ini turut memudahkan pengadil untuk membuat keputusan sama ada bola melepasi garisan gol atau berada pada kedudukan offsides.,”jelasnya.

Disebabkan itu, ia perlu dicas terlebih dahulu sebelum digunakan atas padang.

“Bola ini perlu dicas dan sensor di dalamnya hanya dikuasakan oleh bateri yang mampu bertaha. sehingga 6 jam penggunaannya,”ujar sumber.

Sumber: Marcus

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd