Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelawak Indonesia Kantoi Curang, Isteri Failkan Cerai Lepas 4 Tahun Bersabar

Saban hari, ada sahaja berita mengenai barisan selebriti kantoi berlaku curang dengan pasangan mereka, baik di Malaysia mahupun di mana-mana sahaja.

Terbaharu, rumah tangga yang dibina oleh pelawak terkenal Indonesia, Daus Mini nampak gayanya bakal menemui titik noktah apabila isterinya, Shelvie Hana Wijaya memfailkan cerai.

Penat tahan sabar

Memetik laporan Tribun, Shelvie memfailkan penceraian selepas hampir empat tahun bersabar dan memaafkan suaminya bagi mempertahankan rumah tangga mereka.

Difahamkan, punca Shelvie memfailkan penceraian bukanlah kerana suaminya kantoi berlaku curang, malah sikapnya dikatakan terlalu sombong dan ego.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercerita lebih lanjut, Shelvie turut akui tidak tahan dengan sikap suaminya yang jelas sekali tidak menghormati ibu bapa mentuanya selain masalah ekonomi yang sedang dihadapi.

“Aku dan Daus sudah tidak serasi. Nak pertahankan pun rasanya sudah tak boleh. Komunikasi antara suami isteri pun jarang, apatah lagi dengan ibu bapa saya. Dia tak pernah hormat ibu bapa aku,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Daus dpercayai berlaku curang sejak tahun lalu, namun baru sekarang perbutaan tersebut terbongkar dan kantoi ke pengetahuannya.

“Kejadian (selingkuh) ini sebenarnya udah setahun yang lalu. Tapi sampe sekarang ketahuan juga dari chat,”katanya.

Menurut sumber, Daus pernah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2018 , namun pernikahannya tidak kekal lama.

“Pada tahun 2011, Daus bernikah dengan Yunita Lestari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun, pasangan ini bercerai pada tahun 2014.
“Empat tahun kemudian iaitu 2018, Daus bernikah buat kali kedua bersama Rahadini Destia dan siapa sangka rumah tangga hanya bertahan selama sebulan sahaja,”ujar sumber.

Tahun berikutnya, Daus sekali lagi melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama Shelvie pada 2019, namun sekali lagi kecundang pada tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribunnews

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd