Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelari Pecut Negara, Azeem Fahmi Pecah Rekod Malaysia Di Amerika Syarikat

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mencipta sejarah baharu apabila mengatasi rekod kebangsaan dalam acara 60 meter (m) dalam dewan yang sebelum ini direkodkan Watson Nyambek.

Menurut laporan BH Online, atlet berusia 19 tahun itu melakukan 6.63 saat (s) di Kejohanan Texas Tech Open&Multi di Texas, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

View this post on Instagram

A post shared by Azeem Fahmi (@_azeemf)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia sekali gus memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s yang dicatat Watson sejak 24 tahun lalu ketika di Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.

“New national record! (Rekod kebangsaan baharu!), Alhamdulillah,” tulis Azeem berkongsi semula sebuah video lariannya menerusi InstaStory hari ini.

Pada acara tersebut, Azeem yang mewakili Auburn (FR) melengkapkan larian dengan catatan 6.65s di tempat kedua sekali gus meraih pingat perak.

Micah Williams muncul sebagai pemenang (pingat emas) dengan catatan 6.49s, manakala tempat ketiga (pingat gangsa) menjadi milik Rodnye Heath Jr dari Louisiana Tech (SO) menerusi masa 6.67s.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jurulatih sebelum ini, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah mengakui berpuas hati dengan prestasi anak didiknya itu yang sudah dapat menyesuaikan diri terhadap cuaca dan persekitaran di negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Sukhairi Thani), Instagram Azeem Fahmi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd