Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pelarasan Tarif Air Antara Faktor Penyumbang Kadar Inflasi Naik Kepada 1.8 Peratus

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan kadar inflasi Malaysia pada Februari 2024 meningkat 1.8 peratus dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan berlaku berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) yang berkuat kuasa 1 Februari 2024.

Foto: FB Dr Uzir Mahidin

“Pelaksaan pelarasan tarif air ini melibatkan kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Peningkatan 2.7 peratus bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman pada 29.7 peratus,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Uzir juga melaporkan peningkatan inflasi Pengangkutan turut menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi di mana berlaku peningkatan bagi subkumpulan utama Pengurusan peralatan pengangkutan persendirian 1.3 peratus dan Perkhidmatan pengangkutan awam 1.7 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Astro Awani

Beliau juga berkata, kumpulan makanan dan minuman menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP yang mencatatkan peningkatan lebih rendah iaitu 1.9 peratus pada Februari 2024.

“Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus pada bulan lalu, sementara subkumpulan utama Makanan di luar rumah meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 3.1 peratus yang direkodkan pada Januari 2024,” ujarnya.

Terdapat lima negeri yang merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.7 peratus), Pahang (2.4 peratus), Selangor (2.1 peratus), Perlis (2.0 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus).

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, DOSM mengumumkan inflasi di negara ini kekal rendah sebanyak 1.5 peratus, kadar yang sama sejak November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 131.4 berbanding 129.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya pada Januari 2024.

Sumber: Astro Awani (Harits Asyraf Hasnan)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd