Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rai Bersama Khairul Aming! Pelanggan Bertuah Jadi Orang Pertama Sambut ‘Birthday’ Di Rembayung

Pelanggan Bertuah Jadi Orang Pertama

Restoran diusahakan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung di Kampung Baru di sini, secara rasminya dibuka, hari ini.

Pembukaan rasmi restoran itu bertambah istimewa apabila pelanggan pertama yang hadir berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran di Restoran Rembayung.

Pelanggan Bertuah Jadi Orang Pertama Sambut ‘Birthday’ Di Rembayung

Momen berkenaan mencuri perhatian ramai apabila sambutan hari lahir itu diraikan bersama Khairul Aming sendiri, sekali gus menjadikan pengalaman menjamu selera di restoran baharu tersebut lebih bermakna buat pelanggan terlibat.

“Tahniah eh, birthday pertama di Rembayung,”ujar Khairul Aming.

Kehadiran Khairul Aming dalam meraikan sambutan berkenaan turut mencetuskan keterujaan pengunjung lain yang hadir pada hari pertama operasi restoran itu.

Artikel lain: Kanak-Kanak Dalam Video Promosi Rembayung, Rupanya Anak Buah Khairul Aming

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, restoran ini mencatat sejarah tersendiri apabila menerima sebanyak 3,000 tempahan pelanggan pada sesi pertama slot tempahan yang dibuka pada malam Ahad.

Sambutan luar biasa itu turut menyebabkan laman web Restoran Rembayung mengalami gangguan atau ‘crashed’ akibat trafik terlalu tinggi daripada pengunjung yang cuba membuat tempahan.

Pembukaan rasmi Rembayung sekali gus bukan sahaja menjadi tumpuan pencinta makanan, malah mencipta kenangan manis apabila hari pertama operasinya dimulakan dengan sambutan ulang tahun kelahiran pelanggan bersama pengasas restoran itu sendiri.

Untuk makluman, Rembayung dibuka di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads lawakshantai

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Spotlight

Pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali mendedahkan pengalaman hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan bersama isteri Alyssa Daguise yang menurutnya penuh dengan cabaran dan sangat...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd