Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Veteran Hollywood Dalyce Curry Ditemui Maut Dalam Rumah Terbakar Di Los Angeles

Dunia seni Hollywood dikejutkan dengan kematian pelakon veteran Dalyce Curry yang maut dalam kebakaran dahsyat dikenali sebagai Eaton Fire di kediamannya di Altadena, California, baru-baru ini.

Memetik laporan luar negara, New Straits Times, kebakaran yang dikenali sebagai Eaton Fire ini telah memusnahkan rumahnya di Altadena dan mayat Curry ditemukan oleh pasukan penyelamat, pada Ahad lalu.

Mayat Dalyce Curry Ditemui Di Rumahnya Yang Hangus Terbakar Di Altadena, California

Dalyce Curry

Foto: NST Entertainment

Curry atau lebih dikenali sebagai ‘Momma D’ bukan sahaja terkenal melalui filem The Blues Brothers tetapi juga melalui peranannya dalam The Ten Commandments dan Lady Sings the Blues.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mendiang juga dianggap sebagai pelopor dalam komuniti Old Black Hollywood pada era 1950-an, membawa impak besar dalam dunia seni.

Selain dikenang melalui legasi seninya, mendiang turut disifatkan sebagai individu yang penuh tenaga dan aktif dalam dunia lakonan sehingga usia senja.

Dalyce Curry

Foto: Report Afrique

Keluarga dan rakan-rakan Curry menggambarkan mendiang sebagai seorang yang penyang, sentiasa menjadi inspirasi kepada mereka yang mengenalinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemergian Curry adalah satu kehilangan besar kepada industri seni dan kepada mereka yang menghargai sumbangannya dalam seni lakonan.

Dalyce Curry

Foto: Daily Mail

Artikel lain: Hutan Terbakar Los Angeles: Rumah Selebriti Popular Turut Dilaporkan Terbakar

Api marak yang bermula 6 Januari itu telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan lebih 200,000 penduduk terpaksa berpindah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebakaran Eaton Fire bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut memusnahkan lebih 30,000 ekar tanah, termasuk kediaman mewah di Malibu dan Beverly Hills.

Sumber: New Straits Times

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd