Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Thailand Akhirnya Lamar Kekasih Selepas 11 Tahun Bercinta

Baru-baru ini, pelakon popular Thailand, Nadech Kugimiya telah melamar kekasih hatinya yang juga merupakan seorang aktres, Urassaya Sperbun selepas 11 tahun menjalin percintaan telah berjaya menarik perhatian peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh portal peminat di laman Instagram, terdapat beberapa buah gambar yang memaparkan Nadech membuat kejutan dengan melamar Urassaya sambil berhadapan permandangan laut yang indah di Itali.

View this post on Instagram

A post shared by Nadech Kugimiya (@kugimiyas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Urassaya atau lebih dikenali sebagai Yaya, dia telah menerima lamaran tersebut dan mahu menjalani kehidupan buat selama-lamanya bersama Nadech.

Peminat zahir ucapan tahniah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut kerana sudah berjaya mempertahankan hubungan yang sekian lama terjalin.

Malah, ramai yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selalu dalam menuju hari bahagia kelak dan sentiasa bahagia selalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @kugimiyas, @urassayas

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd