Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon K-drama, Park Min-jae Dilapor Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Sudah lama menyepi dan menghilangkan diri dari dunia lakonan, pelakon K-drama Park Min-jae, 32, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China, pada Jumaat lalu.

Khabar sedih tersebut telah disahkan oleh adik mendiang menerusi Instagram dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.

Foto: Instagram @pakzaehyung

“Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya. Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.
“Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu.” katanya di Instagram pada Isnin.

Foto: Instagram @bigtitle_official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, agensi Park Min-jae iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.

“Helo ini Big Title, agensi pelakon Park Min-jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.
“Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.
“Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title,” ujarnya.

K-drama actor Park Min-jae dies at 32 from cardiac arrest in China | Malay Mail

Foto: Carian Google

Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans.

Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Min-jae dikenali menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.

Sumber: Instagram @pakzaehyung, @bigtitle_official

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan meneruskan penerbangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd