Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Indonesia, Nikita Mirzani Akui Tak Tinggal Solat Subuh Walau Berzina

Pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani yang sememangnya terkenal dengan imej seksi dan lantang bersuara telah mengakui bahawa dirinya bangun awal pagi untuk menunaikan solat Subuh selepas berzina dengan pasangannya, Antonio Dedola.

Buat dosa hari2 tapi bukan alasan tak solat

Memetik laporan dari Intip Seleb merujuk kepada perkongsian Nikita dalam sebuah podcast, dia mengatakan yang berbuat dosa setiap hari bukanlah alasan untuknya tidak menunaikan solat.

Sekitar pukul 5.30 pagi saya sudah bangun untuk solat Subuh. Kalau sudah berzina haruslah mandi wajib dulu.
“Yang berdosa itu saya dan yang enak itu juga saya,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Nikita Mirzani 🌹 (@nikitamirzanimawardi_172)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak kisah kata orang2

Walaupun mengakui bahawa pendedahannya ini akan menjadi kecaman netizen, namun dia sama sekali enggan mengambil pusing perkara tersebut kerana ia adalah urusan peribadinya.

“Terus apa? Saya kan belum menikah sama Toni, terus kamu fikir saya tidak berbuat apa-apa? Kalau kata orang Islam kan zina, ya sudah saya bilang saja itu zina, ya kan abis itu saya solat, mandi dulu,” ujarnya.

Tinggal bersama dengan kekasih

Dalam pada itu, Nikita yang baru sahaja bebas dari tahanan polis selama dua bulan atas kes pencemaran nama baik mengakui yang dia memang tingal serumah dengan pasangannya tanpa pernikahan.

Menurutnya, tinggal serumah sebelum bernikah merupakan perkara yang bermanfaat bagi mengenali lebih dekat pasangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ternyata setelahsaya pelajari soal pernikahan, terserah mahu cakap apa tentang saya. Tapi ternyata, tinggal bersama itu penting untuk mengetahui sifat pasangan,” tambah Nikita lagi.

Untuk rekod, Nikita Mirzani pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang anak dikenali sebagai Laura Meizani Nasseru Asry, Arkana Mawardi dan Azka Raqila Ukra.

Sumber: Insta Seleb 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd