Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Drama Vincenzo, Na Chul Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Industri seni Korea Selatan dikejutkan dengan pemergian pelakon, Na Chul yang dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 36 tahun.

Menurut laporan The Star seperti dipetik portal allkpop.com, drama bersiri fenomena Vincenzo itu didakwa mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Portal lain mendakwa bahawa Na Chul telah dibawa ke hospital sebelum kematiannya, namun tidak dilaporkan lebih lanjut berhubung isu kesihatan berkenaan.

Sementara itu, rakan artis Kim Go-eun turut berkongsi berita sedih dengan memuat naik beberapa keping gambar Na Chul berserta kapsyen menyifatkan aktor itu adalah pelakon terbaik selain seorang suami, bapa, anak dan rakan yang hebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan allkpop.com lagi, pengebumian mendiang akan diadakan pada 23 Januari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, Na Chul memulakan karier sebagai pelakon teater sebelum menyerlah sebagai bintang TV dan filem antaranya Touch Your Heart, Happiness, Through The Darkness, Weak Hero Class 1 dan banyak lagi.

Sumber: The Star, allkpop.com

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd