Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar UiTM Dalam Perjalanan Ke Kampus Maut Dilanggar SUV

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang dalam perjalanan ke kampus, maut apabila bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di jalan Jasin-Merlimau, Jasin pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian dianggarkan berlaku sekitar 8.30 pagi membabitkan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Irfan Roslan, 20, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua polis daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX  sedang dalam perjalanan dari arah Merlimau menuju ke Jasin dipercayai telah terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan SUV jenis proton X70.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mangsa yang cedera parah akibat kemalangan itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. Berdasarkan pakaian yang dipakai mangsa, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke kampus,” katanya.

Mayat penuntut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. manakala pemandu SUV yang juga kontraktor berusia 39, dilaporkan selamat.

Ahmad Jamil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tangkapan serta permohonan reman telah dilakukan terhadap pemandu SUV tersebut.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd