Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tahfiz Cedera Ditampar Warden Kerana Makan Roti Tanpa Izin

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sebuah pusat tahfiz di daerah Kemaman mendakwa ditampar beberapa kali oleh seorang warden selepas didapati memakan roti tanpa kebenaran, sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kiri dahinya.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.45 petang pada 26 April lalu di dalam bilik asrama pusat tahfiz berkenaan.

Foto: Media Sosial

Menurut beliau, insiden berpunca daripada tindakan pelajar itu yang makan beberapa keping roti keping yang masih belum dibuka, dipercayai disediakan untuk sarapan keesokan harinya, tanpa kebenaran pihak pengurusan.

“Mangsa dikatakan telah melanggar peraturan pusat pengajian berkenaan. Akibat insiden itu, dia mengalami kecederaan di bahagian kiri dahi,” katanya.

Pelajar terbabit tampil membuat laporan polis kira-kira jam 9.50 pagi keesokan harinya, sebelum menerima rawatan di Hospital Kemaman dan pemeriksaan awal perubatan telah dilakukan dan laporan perubatan turut diperoleh pihak berkuasa.

Foto: Asto Awani

Menurut Mohd Razi, keterangan suspek berusia 41 tahun yang merupakan warden pusat tahfiz itu juga telah diambil serta difahamkan, suspek telah dilantik sebagai warden di institusi tersebut sejak Disember tahun lalu.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sukan

Pemain beregu campuran utama negara, Toh Ee Wei bertekad untuk kembali lebih kuat selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd