Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM Dijamin Tempat Ke IPMA, Diberi Biasiswa Penuh

Pelajar Orang Asli yang meraih keputusan cemerlang 5A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijamin tempat untuk melanjutkan penganjian di Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (IPMA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut meminta Pengarah MARA Datuk Dr Asyrat Wajdi Dusuki supaya memastikan pelajar Orang Asli berkendan diberikan biasiswa 100 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke IPMA.

Pelajar Orang Asli

Pelajar Orang Asli

“Ini adalah keprihatinan Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya membantu terjemahkan pelaksanaannya pada seluruh kumpulan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Santuni Kasih Syawal di Kampung Orang Asli Sungai Kroh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, Asyraf Wajdi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Hadir sama lebih 1,000 masyarakat Orang Asli dari seluruh Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Azam Ubah Nasib Keluarga, Nur Syafienaz Anak Orang Asli Kelantan Pertama Raih 8A

Pelajar Orang Asli

Bagi pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan 5A dan ke bawah pula, Ahmad Zahid berkata mereka juga akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.

Beliau berkata untuk 2024, sebanyak 1,932 pelajar Orang Asli telah menduduki peperiksaan SPM di seluruh Semenanjung Malaysia dan daripada jumlah itu, 87 pelajar berjaya mencatat keputusan 5A ke atas iaitu 9A (dua), 8A (13), 7A (11), 6A (22) dan 5A (39).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata laluan TVET khusus untuk Orang Asli turut diwujudkan bagi memastikan mereka turut menjadi sebahagian daripada sumber manusia berkemahiran di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor diperluaskan kepada radius...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd