Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pelajar Orang Asli Berusia 12 Tahun Terpilih Sertai Akademi JDT

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar Orang Asli berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom telah ditawarkan untuk menyertai pusat latihan elit bola sepak, Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh The Red Warriors City Club menerusi hantaran Facebooknya yang mendedahkan bakat yang dimiliki Sa’ap telah berjaya menarik minat Ketua Pencari Bakat dan Pembangunan Belia JDT, Diego Griffa.

https://www.facebook.com/trwcityclub/posts/pfbid0HMVchtii25rop8DCZyfXn9KduKru1WE2Xa9dNL9Bt7iRKom87Zc8LYg8xhmxYoxsl

Mana tidaknya, Sa’ap yang juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan telah memecah rekod dimana meraih gelaran kasut emas selepas meledak 12 gol dalam enam perlawanan ketika Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih membanggakan, Griffa sendiri melawat Sa’ap di kampung halamannya, Felda Aring, Gua Musang untuk merekrut budak lelaki tersebut secara rasmi.

Sekadar info, Akademi JDT merupakan akademi bola sepak pertama di Malaysia yang dianugerahkan Ahli Emas Piagam SupaRimau yang diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Akademi JDT juga adalah satu-satunya kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan, pendidikan dan penginapan yang secara tidak langsung membuktikan skuad Harimau Selatan antara pasukan terbaik dalam negara yang mencungkil bakat pemain muda.

Sumber: Facebook @The Red Warriors City Club

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd