Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar MRSM Hilang Ditemukan Selamat Di Rumah Saudara – Polis

Seorang pelajar lelaki dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang selepas enggan kembali ke asrama telah ditemui selamat di kediaman saudaranya di Chukai, Terengganu, awal pagi Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan bahawa pelajar terbabit, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, berjaya dikesan kira-kira jam 7 pagi hasil siasatan awal serta maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarganya.

Foto: Harian Metro

“Selepas menerima laporan pada jam 4 petang semalam, polis menjalankan siasatan termasuk menemu bual keluarga pelajar terbabit yang tinggal di Kuantan.
“Alhamdulillah, pada jam 7 pagi ini, pelajar itu berjaya dikesan di rumah saudaranya di Chukai dan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurut beliau, walaupun pelajar berkenaan telah ditemui, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti bagaimana dia boleh sampai ke lokasi tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu mengesahkan bahawa laporan kehilangan telah dibuat oleh ibu mangsa, 41, selepas menyedari anaknya tiada di rumah pada jam 3.30 petang Ahad.

“Pengadu telah cuba mencari mangsa di kawasan sekitar perumahan namun gagal menemuinya,” jelasnya.

Foto: Astro Awani

Siasatan awal mendapati bahawa pelajar itu enggan kembali ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarganya serta difahamkan, dia keluar rumah dengan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam, dan kasut sukan jenama Puma.

Dia juga membawa beg galas sekolah, telefon bimbit adiknya, serta wang tunai kira-kira RM200.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norawazni Yusof)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd