Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Setahun Terpaksa ‘Ponteng’ Demi Rawatan, Pelajar Hidap Kanser Raih Semua A Dalam SPM

Diuji dengan penyakit sama sekali bukan alasan untuk pelajar hidap kanser meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia apabila berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar hidap kanser, ponteng setahun sebab dapatkan rawatan

Memetik laporan dari Sinar Harian, Mohamed Adam Baihaqi Mohamed Zadro, 19 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok telah membuktikan dirinya langsung tidak menyerah apabila meraih keputusan yang cukup membanggakan dalam SPM walaupun terpaksa ‘ponteng’ sekolah selama setahun demi mendapatkan rawatan.

Anak kelahiran Kampung Telok itu turut berkongsi pengalaman getirnya ketika disahkan menghidap kanser pada Mac 2023 sehingga perlu ‘ponteng’ sekolah selama setahun demi mendapatkan rawatan penyakit yang dihidapi.

“Saya pernah terfikir tidak sempat menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan akan meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser pada Mac 2023,” luahnya.

Pelajar hidap kanser tak pernah putus semangat belajar

Difahamkan, Adam perlu menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang menyebabkan rambutnya gugur, namun semangat untuk berjaya tetap membara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas terpaksa ponteng sekolah selama setahun kerana perlu fokus kepada rawatan di HRPZ II, melihat rakan-rakan sekelas sudah menduduki SPM dan menyambung belajar, pada waktu itu saya rasa sangat sedih,” katanya lagi.

pelajar hidap kanser

Pelajar hidap kanser setiap hari ulang kaji pelajaran

Selepas disahkan bebas kanser pada Julai 2024, Adam terus menetapkan fokus untuk menduduki SPM.

Setiap hari, dia mengulang kaji pelajaran sambil mengingati pengorbanan ibu bapanya, Mohamed Zadro Mohd Salleh, 50, dan Suzila Abdullah, 47, yang tidak pernah berkira soal rawatan anak mereka.

“Untuk mengubati kanser perlukan wang yang banyak, ayah dan ibu hanya bekerja biasa. Bagaimanapun mereka sanggup buat apa sahaja untuk saya, dari situlah semangat untuk mengulangkaji bersungguh-sungguh hadir,” jelasnya.

Artikel lain: Ditolak Semua IPTA, STPM Bantu Pelajar Cemerlang SPM Genggam Ijazah

Berbekalkan sokongan guru dan rakan-rakan, Adam berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (A-), Sejarah (A-), Matematik (A), Bahasa Inggeris (A), Geografi (A), Pendidikan Islam (A), dan Sains (A).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Adam sempat menyatakan bahawa dirinya menyimpan impian untuk menjadi guru, dan sempat menitipkan pesan kepada semua bahawa ujian yang diberi oleh Allah S.W.T bukan penghalang sebuah kejayaan.

Apa yang paling utama adalah menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T, ibu bapa, guru serta rakan-rakan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd